Bola tampar diciptakan pada musim sejuk tahun 1895 di Holyoke, Massachusetts oleh seorang guru bernama William G. Morgan yang mendapat inspirasi dari tenis. Bola tampar mempunyai ciri-ciri yang agak sama dengan sukan lain seperti bola lisut, tennis dan bola baling. Pada asalnya William G. Morgan menamakan sukan ini "mintonette" sehinggalah seorang profesor dari Springfield College menyatakan sifat permainan tampar dan mencadangkan 'volleyball'. Lama kelamaan sukan ini ditambah kategorinya iaitu pada tahun 1915 bola tampar mula dimainkan di pantai Waikiki di Hawaii dan ia dipanggil 'beach volleyball'.
Di Springfields, Massachusetts, seorang guru berbangsa Canada bernama Dr James Naismith sedang cuba untuk memastikan kelas gymnya aktif ketika hari hujan atas arahan bosnya. Kemudian, beliau memecahkan 18 orang pelajarnya kepada 2 kumpulan terdiri daripada 9 orang.Objektif permainan ini adalah untuk melempar bola keranjang ke dalam bakul buah yang dipaku pada pagar bawah balkoni gim. Setiap kali mata dijaringkan, permainan dihentikan supaya petugas kebersihan boleh membawa keluar tangga dan mengambil bola. Selepas beberapa ketika, bahagian bawah bakul buah dikeluarkan. Permainan bola keranjang awam yang pertama dimainkan di Springfield, Massachusetts, pada 11 Mac 1982.