Pada awalnya sukan ragbi ini dipermainkan agak sama seperti bola sepak dan sejak dahulu lagi bola ragbi memang berbentuk bujur yang direka oleh Richard Lindon. Tiang berbentuk 'H' di kedua-dua belah hujung padang. Pada tanggal 10 Oktober 1876, seorang lelaki bernama Matthew Bloxam telah menulis di majalah sekolah ragbi dimana ketika beliau menyaksikan perlawanan ragbi di sekolah ragbi, seorang pemain bernama William Webb Ellis telah memecah tradisi sukan tersebut dengan ketika beliau menangkap bola lambung beliau tidak menyepaknya ke arah kawasan pasukan lawan, tetapi beliau memegang bola itu dan berlari membawanya ke pasukan lawan. Dari peristiwa itulah idea ragbi yang sekarang kita ketahui sekarang ini atau nama sebenarnya 'rugby union' terhasil. Sejak peristiwa itu juga, nama Webb Ellis terpahat di trofi Piala Dunia Ragbi atau dipanggil Webb Ellis cup sempena nama orang yang telah 'melanggar peraturan'
. Setakat tahun 1987 hingga sekarang, sebanyak 9 kejohanan piala dunia ragbi telah dianjurkan iaitu pada kali pertama dianjurkan pada tahun 1987 di New Zealand dan Australia sebagai tuan rumah bersama dan setakat ini negara paling banyak memenangi piala dunia ragbi adalah New Zealand dan Republik Afrika Selatan sebanyak 3 kali diikuti Australia sebanyak 2 kali dan England 1 kali.
info yang menarik seperti dapat tahu nama pencipta permainan tersebut
ReplyDeletemenarik sukan rugby ni
ReplyDeleteingatkan new zealand je selalu menang, rupanya sama banyak dengan south africa
ReplyDelete