Bola tampar diciptakan pada musim sejuk tahun 1895 di Holyoke, Massachusetts oleh seorang guru bernama William G. Morgan yang mendapat inspirasi dari tenis. Bola tampar mempunyai ciri-ciri yang agak sama dengan sukan lain seperti bola lisut, tennis dan bola baling. Pada asalnya William G. Morgan menamakan sukan ini "mintonette" sehinggalah seorang profesor dari Springfield College menyatakan sifat permainan tampar dan mencadangkan 'volleyball'. Lama kelamaan sukan ini ditambah kategorinya iaitu pada tahun 1915 bola tampar mula dimainkan di pantai Waikiki di Hawaii dan ia dipanggil 'beach volleyball'.
info yang menarik . dapat kenal pencipta
ReplyDelete