Skip to main content

KRIKET

 Menurut beberapa pakar, kriket dipercayai diciptakan oleh kanak-kanak Saxon atau Norman di sekitar tenggara England. Sukan pada mulanya diamainkan secara 'bowl' sahaja iaitu bola dibaling kearah 'stump' atau isitilah digunakan 'gate'. Kemudian, ditambah seorang pemukul atau 'batsman' untuk melindungi 'gate' tersebut. Dari situlah berasalnya istilah 'batsman' dan 'bowler' dalam kriket.  Pada mulanya, kayu yang digunakan oleh 'batsman' adalah kayu hoki. Dari zaman ke zaman sukan ini direvolusikan dengan membaik pulih kayu pemukul, peralatan keselamatan, bahan yang digunakan pada bola dan menambah beberapa 'fielder' di kawasan permainan. Untuk mempermudahkan ayat, tugas 'bowler' adalah untuk memcahkan 'stump' untuk mendapatkan mata manakala 'batsman' perlu melindunginya. Sambil memperthankan stump, kedua-dua batsman perlu berlari  diantara 'wicket' untuk mendapatkan mata atau istilah digunakan 'runs'.  Walaupun kriket bukan dalam kategori sukan sentuh. Pemain kriket mudah ditimpa kecederaan yang serius seperti patah tangan dan gegaran otak kerana bolanya terlalu keras terkena pada anggota badan dan kes kematian pernah dicatatkan. Oleh itu, pihak ICC dari masa ke semasa sering menambah lagi ciri keselematan pada peralatan keselamatan pemain.



Comments

Post a Comment